BAHAGIAN
PEMBANGUNAN INSTITUSI
UNIVERSITI ISLAM MELAKA
PENGENALAN
Bahagian Pembangunan Institusi merupakan pemacu utama dalam memperkukuh struktur, sistem dan strategi Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Institusi, bahagian ini berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan inisiatif pembangunan universiti secara teratur dan berterusan, agar selari dengan keperluan semasa dan perubahan struktur pendidikan tinggi.
Di sini, pembangunan institusi bukan sekadar proses pentadbiran, tetapi satu tanggungjawab menyeluruh untuk memperkukuh tadbir urus, mengukuhkan budaya strategik, memperluas penjanaan sumber, serta memantapkan hubungan dengan komuniti dan pihak berkepentingan. Setiap unit di bawah TNCPI memainkan peranan tersendiri dalam memastikan agenda pembangunan universiti dapat dicapai dengan cekap, berkesan dan berimpak.
Disini pembangunan institusi bermula.
BAHAGIAN ENDOWMEN
(WAKAF, ZAKAT & INFAQ)
Bahagian Endowmen bertanggungjawab mengurus kutipan wakaf, zakat dan infaq secara telus dan berintegriti bagi menyokong pembangunan akademik, kebajikan serta kemudahan universiti.
BAHAGIAN
PEMASARAN
Unit Pemasaran berperanan mempromosikan imej dan jenama Universiti Islam Melaka (UNIMEL) melalui strategi komunikasi dan promosi yang terancang.
BAHAGIAN
LATIHAN PENDIDIKAN
Bahagian Latihan Pendidikan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program latihan seperti kursus jangka pendek, jangka panjang, profesional dan eksekutif untuk memenuhi keperluan individu serta organisasi.
UNIT
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit Teknologi Maklumat (IT) menyokong operasi digital universiti melalui penyediaan infrastruktur ICT yang stabil, selamat dan berkesan.
BAHAGIAN GOVERNAN & PERANCANGAN STRATEGIK
Unit Governan dan Perancangan Strategik bertanggungjawab memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan secara berkesan dan selaras dengan dasar serta piawaian yang ditetapkan.
UNIMEL: Di Mana Sejarah dan Pembelajaran Bersatu
Di UNIMEL, anda belajar di kampus yang tenang, dikelilingi keindahan alam semula jadi, sambil berada di negeri yang kaya dengan sejarah dan tapak warisan UNESCO Melaka. Pengalaman belajar di sini memberi peluang untuk menghargai keunikan warisan budaya negeri ini dalam suasana kondusif dan inspiratif.
Kampus kami menawarkan persekitaran pembelajaran yang kreatif, inklusif, dan mesra, menjadikan perjalanan akademik anda lebih bermakna sambil menghayati nilai sejarah dan budaya Melaka.
HUBUNGI KAMI
Pejabat TNCPI sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan berkaitan pembangunan institusi, kerjasama strategik, atau program UNIMEL.